Welcome to ateydoonas.blogspot.com


Thursday, May 17, 2012

KEREDHAAN

Assalammualaikum & selamat pagi jumaat..

Alhamdulillah, masih ada kesempatan hidup di hari jumaat ni..huh..kalau tengok title pasal apa la yerk? huhu..lupa laaa...korang mesti sihat kan? moga2 sihat okay..semalam, i keluar ngan kawan2, seronknya bukan main! even sekejap, tapi, mereka sudi untuk keluar bersama..wow! hehehe..

semenjak2 ni, terlalu rajin membaca status ustazah yg famous tuh..hehe..setiap kali baca mesti nak menangis..mybe terlalu banyak dosa yg dah dibuat..maybe ni satu kesedaran dan sedang mncari keredhaan NYA itu..thanks to my bff Fifie, sebab dia sumber inspirasi saya tok menjadi seorang perempuan yg semakin tabah..sebab dia perempuan idaman lelaki..sebab dia seorang yg membimbing ke arah kebaikan..dan dia selalu ada time saya susah n senang..thank kawn!sayang kamooo sgt2...

Ni la antara teka teki & nasihat ustazah:

Assalamualaikum semua yg ustzh kasihi.
Blh jwb soalan2 ustazah utk kita fikirkan bersama?
Insyaallah tepat 12 tgh mlm ni ustazah bagi jawapannya ya.
Kenapa bila hati dilukai,peritnya sukar diubati?
Kenapa bila hati disakiti,sedihnya sangat panjang?
Kenapa bila hati dikecewakan,marahnya tidak terkira?
Kenapa bila hati tidak tenang,serabutnya susah nak dicerita?
Kenapa bila hati tidak bahagia,deritanya menyesakkan nafas?

Kerana... DALAM HATI ADA CINTA & CINTA ITU ADALAH FITRAH KURNIAAN ALLAH..
Bila hati ada cinta,kita tak sanggup dilukai..sbb teramat mencintai..
Bila hati ada cinta,kita tak tahan bila disakiti..sbb teramat mencintai..
Bila hati ada cinta,kita tak dapat menerima kekecewaan...sbb teramat mencintai..
Bila hati ada cinta,kita harapkan bahagia tapi bila derita yang mendampingi,sudah pasti hilang ketenangan diri..sbb teramat mencintai..
Bila hati ada cinta,kita impikan damai berpanjangan tapi bila tak kesampaian,nafas bisa tersekat.
Itulah lumrah manusia yang hatinya penuh cinta.Jesteru utk bahagia selama2nya,bahagia hingga ke syurga Allah,SANDAR & PAUTKAN SEGALA RASA CINTA INI KEPADA ALLAH SWT KERANA CINTA DAN KASIH SAYANG ADALAH SALAH SATU SIFAT ALLAH YANG MAHA PENGASIH & MAHA PENYAYANG yg selalu kita baca dalam al-qur'an iaitu BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIM. ..mulakanlah cinta & kasih syg dgn kalimah mulia ini..nescaya cinta akan membawa kebahagiaan.Salam Syg dari ustazah.


Assamualaikum sahabat FB ustazah yg dikasihi selalu,
Bagaimana nak kuat bila diuji?Cuba hayati kata-kata ini,
Orang yg kuat jiwanya ialah orang yang melihat gangguan dan tekanan hidup bukan sebagai ancaman kepada dirinya,tetapi
sebagai satu latihan ke arah mencapai matlamat hidup iaitu mencari keredhaan ALLAH walaupun terpaksa menempuh berbagai kesusahan dan kesulitan.
Ingatlah sahabatku sekelian,kehidupan ini akan menjadi lebih membahagiakan bila seseorang itu dinaungi rahmat dan kasih sayang ALLAH.
Ya Allah,ampunkanlah aku..kerana adakalanya aku salah sangka kpdMU..
Engkau mengujiku kerana luasnya kasihMU padaku...tp aku menyangka Engkau tidak sayang padaku ya Allah...
Ya Allah,berilah aku kebahagiaan yang abadi hingga bertemu denganMU di dalam syurga..
Malunya aku meminta syurga dariMU ya Allah kerana banyaknya dosaku padaMU..
Namun aku yakin dengan kasih sayangMU yang pasti menerima taubat para hambaMU..
Ampunkanlah segala dosa kami ya Allah..
Terimalah taubat kami ya Allah..
Ya Allah,bimbinglah kami selalu..
agar sentiasa menuju redhaMU,amin...


kalau la boleh diulang masa dulu..saya nak jadi anak yg baik..berpendirian tetap!macam2 lagi..mungkin ni yg namanya penghijrahan..menjadi yg lebih baik dan baik..

Tak lupa jugak dekat some1 ni..banyak tolong saya masa saya down dulu..lelaki ini sangat baik, semua orang kalau boleh nak dapat husband mcm dia temasuk i..i selalu rindukan dia..kamu, saya rindu kamu sangat2..saya selalu harap kamu selalu ada ngan saya..setiap masa n saat..tp, saya tak berani nak cakap apa2 pon dengan kamu..kalau kamu baca blog ni, itu la yg perlu kamu tahu..kamu dh byk bimbng saya tok jadi seorang yg semakin matang..kamu byk sedarkan saya jangan menyerah kalah dengan takdir ni..kamu sangat baik..terima kasih tok semuanya dan kamu perlu tau, kamu selalu di hati saya sampai bila2..  

No comments:

Post a Comment