Welcome to ateydoonas.blogspot.com


Sunday, July 8, 2012

Aku yang Berdosa by Shahir AF8

 AKU YANG BERDOSA

Sejauh mana
Langkah ku di sana
Aku melupakan Mu
Seluas mana
Kau beri padaku
Masih ku angkuh pada-Mu

Segalanya dusta
Gelap mengaburi ku

Ya Allah
Apa yang bisa
Ku tebus kepada-Mu
Atas dosaku

Ya Allah
Ku hina terasa
Biar ku bersujud
Untuk ke syurga-Mu

Hye korang! Salam, lagi berapa hari nak menuju ke bulan RAMADHAN..alhamdulillah, semoga diberi kesempatan tok saya berada di bulan ramadhan thn ini..

Korang penah dengar lagu shahir ni? kalau tak, kena dengar! sangat best! first time dengar lagu ni, menitis air mata..tak tau la nape..tp, lagu ni sangat bermakna! siapa kita di muka bumi Allah ni? sering buat silap.. terlalu alpa dengan duniawi..terlalu ikotkan kata hati & nafsu...itu la MANUSIA..

Lagu ni buat saya semakin mengenal diri saya..muhasabah diri & muhasabah diri.. daripada Allah kita datang, kepada DIA jua kita akan kembali.. sehebat mana pun kita di dunia ini, DIA maha berkuasa...jangan sombong terhadap-NYA...

DIA lah tempat kita mengadu..

Semoga kita semua dapat bermuhasabah diri..

Amin..

Sunday, June 24, 2012

dalam hati ada ruang biacra

As Salam,

Hye korang! sehat tak? hehe..baru ada masa nak update.. pelik tak title? hehe..ermmm...hari ni mcm tenang ckit sbab  bos x de.. dia sakit... so, x de mood nak keluar jugak.. mintak tolong kak yus belikan lunch.. dok temnung punya temenung, tiba tanpa disedari air mata saya mengalir dgn lajunya..huhu..kenapa? saya pon x pasti... hehe..

Mybe sebab dah nak2 HARI PEREMPUAN ni kan, so dia agak sensitive sikit..wow!

Saya selalu berfikir, macam mana saya akan datang? kerja mana saya? siapa jodoh saya? ada ker jodoh saya? boleh ker saya sentiasa bersama mak & ayah saya? samapi bila mereka akan sntiasa bersama saya? kalau saya tiada suami, mak & ayah saya dah tak ada lagi, siapa yg boleh teman saya? saya duduk mana?semua yg hidup pasti akan mati, sebab itu lah takdir ALLAH, ALLAH jadikan kita di dunia untuk kita mengumpul ganjarannya, tapi di dunia kita sering diuji.. sebab itulah kita sering lupa diri..siapa kita tok melawan takdirnya? saya rasa, saya belum cukup kuat untuk menghadapi semua ini..saya insan biasa yg banyak kekurangan..mak & ayah saya kekuatan saya..ISLAM agama saya..ALLAH tempat saya mencurahkan doa-doa saya..Doa-doa yang sering kali saya ingin sangat dimakbulkan..Sesungguhnya ALLAH menyedarkan saya untuk sentiasa tidak alpa di dunia ini. Semoga taubat saya diterima.

Mencari kekuatan untuk tulis ayat mcm ni, tapi air mata berdrai laju.. Mungkin saya insan yang hina..Saya teringin untuk ke umrah, mencari keredhaan yang Allah s.w.t. Semoga niat ini akan menjadi kenyataan..
Amin Ya rabbal alamin.

Thursday, May 17, 2012

KEREDHAAN

Assalammualaikum & selamat pagi jumaat..

Alhamdulillah, masih ada kesempatan hidup di hari jumaat ni..huh..kalau tengok title pasal apa la yerk? huhu..lupa laaa...korang mesti sihat kan? moga2 sihat okay..semalam, i keluar ngan kawan2, seronknya bukan main! even sekejap, tapi, mereka sudi untuk keluar bersama..wow! hehehe..

semenjak2 ni, terlalu rajin membaca status ustazah yg famous tuh..hehe..setiap kali baca mesti nak menangis..mybe terlalu banyak dosa yg dah dibuat..maybe ni satu kesedaran dan sedang mncari keredhaan NYA itu..thanks to my bff Fifie, sebab dia sumber inspirasi saya tok menjadi seorang perempuan yg semakin tabah..sebab dia perempuan idaman lelaki..sebab dia seorang yg membimbing ke arah kebaikan..dan dia selalu ada time saya susah n senang..thank kawn!sayang kamooo sgt2...

Ni la antara teka teki & nasihat ustazah:

Assalamualaikum semua yg ustzh kasihi.
Blh jwb soalan2 ustazah utk kita fikirkan bersama?
Insyaallah tepat 12 tgh mlm ni ustazah bagi jawapannya ya.
Kenapa bila hati dilukai,peritnya sukar diubati?
Kenapa bila hati disakiti,sedihnya sangat panjang?
Kenapa bila hati dikecewakan,marahnya tidak terkira?
Kenapa bila hati tidak tenang,serabutnya susah nak dicerita?
Kenapa bila hati tidak bahagia,deritanya menyesakkan nafas?

Kerana... DALAM HATI ADA CINTA & CINTA ITU ADALAH FITRAH KURNIAAN ALLAH..
Bila hati ada cinta,kita tak sanggup dilukai..sbb teramat mencintai..
Bila hati ada cinta,kita tak tahan bila disakiti..sbb teramat mencintai..
Bila hati ada cinta,kita tak dapat menerima kekecewaan...sbb teramat mencintai..
Bila hati ada cinta,kita harapkan bahagia tapi bila derita yang mendampingi,sudah pasti hilang ketenangan diri..sbb teramat mencintai..
Bila hati ada cinta,kita impikan damai berpanjangan tapi bila tak kesampaian,nafas bisa tersekat.
Itulah lumrah manusia yang hatinya penuh cinta.Jesteru utk bahagia selama2nya,bahagia hingga ke syurga Allah,SANDAR & PAUTKAN SEGALA RASA CINTA INI KEPADA ALLAH SWT KERANA CINTA DAN KASIH SAYANG ADALAH SALAH SATU SIFAT ALLAH YANG MAHA PENGASIH & MAHA PENYAYANG yg selalu kita baca dalam al-qur'an iaitu BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIM. ..mulakanlah cinta & kasih syg dgn kalimah mulia ini..nescaya cinta akan membawa kebahagiaan.Salam Syg dari ustazah.


Assamualaikum sahabat FB ustazah yg dikasihi selalu,
Bagaimana nak kuat bila diuji?Cuba hayati kata-kata ini,
Orang yg kuat jiwanya ialah orang yang melihat gangguan dan tekanan hidup bukan sebagai ancaman kepada dirinya,tetapi
sebagai satu latihan ke arah mencapai matlamat hidup iaitu mencari keredhaan ALLAH walaupun terpaksa menempuh berbagai kesusahan dan kesulitan.
Ingatlah sahabatku sekelian,kehidupan ini akan menjadi lebih membahagiakan bila seseorang itu dinaungi rahmat dan kasih sayang ALLAH.
Ya Allah,ampunkanlah aku..kerana adakalanya aku salah sangka kpdMU..
Engkau mengujiku kerana luasnya kasihMU padaku...tp aku menyangka Engkau tidak sayang padaku ya Allah...
Ya Allah,berilah aku kebahagiaan yang abadi hingga bertemu denganMU di dalam syurga..
Malunya aku meminta syurga dariMU ya Allah kerana banyaknya dosaku padaMU..
Namun aku yakin dengan kasih sayangMU yang pasti menerima taubat para hambaMU..
Ampunkanlah segala dosa kami ya Allah..
Terimalah taubat kami ya Allah..
Ya Allah,bimbinglah kami selalu..
agar sentiasa menuju redhaMU,amin...


kalau la boleh diulang masa dulu..saya nak jadi anak yg baik..berpendirian tetap!macam2 lagi..mungkin ni yg namanya penghijrahan..menjadi yg lebih baik dan baik..

Tak lupa jugak dekat some1 ni..banyak tolong saya masa saya down dulu..lelaki ini sangat baik, semua orang kalau boleh nak dapat husband mcm dia temasuk i..i selalu rindukan dia..kamu, saya rindu kamu sangat2..saya selalu harap kamu selalu ada ngan saya..setiap masa n saat..tp, saya tak berani nak cakap apa2 pon dengan kamu..kalau kamu baca blog ni, itu la yg perlu kamu tahu..kamu dh byk bimbng saya tok jadi seorang yg semakin matang..kamu byk sedarkan saya jangan menyerah kalah dengan takdir ni..kamu sangat baik..terima kasih tok semuanya dan kamu perlu tau, kamu selalu di hati saya sampai bila2..  

Wednesday, May 16, 2012

Luahan hati yang tension!

Salam..

wah?lame x update an? huhu..bz yg..nak buat mcm mane..kena kerja banyak2..kumpul harta..hari ni sgt tension, okay! tak lama lagi aku nak bhnti..hahaha..trlalu byk bos dlm office ni..huhu..hari ni kuar makan ngan admin officer.. wah?sebab tension sgt an, tu yg kuar jauh ckit..sakit jiwa dok office lama2..ari ni jugak post status berani dekat FB! haha..BIAR TAK ADA LAKI JANJI ADA HARTA! haha..kau ada?tak kan? ramai tu yg comment..hahah..topik ni mcm best..sebab org sekarang ni takut tak ade BF sebab org akan mengate tak laku kau ni..mcm tu la..padahal bercinta pon asyik merana diri, baik pikir leklok..betol?huhu..so, pada org yang aku dh menyampah gila, jauh2 kan diri kau dari aku..hahaha..dah dah la weyh..

so, the next step, jadi lah org yg kuat untuk menghadapi masalah tension ni..hahaha..

Tuesday, March 20, 2012

kau yang tak pandai jaga aku!

Salam korang..

Mestila sehat kan?kalau tak tu, rajin2 makan ubat okay?muahahaha..LOL..

Bila tengok title ni korg rase ape?huhu..i tak tau la, title ni nak buat i gelak or sedih..yg pnting i boleh hahahahahahahahahahaha.......
wee huuu..ni la namanya suka menyalahkan orang lain..tak boleh terima kesalahan diri dan serta merta dikeluarkan ayat bagi menyentapkan perasaan org lain..huhu..

Betul ker tak pandai?so, kiranya 3tahun tu sia-sia lah maknanya?huhu..kenapa tak pandai?dah tak di ajar untuk ambil berat, nak buat macam mana kan?pernah nak tanya keluar pergi mana?pernah nak talk dari hati ke hati bila jumpa?tak kan?ni bukan istilah jiwang or tak la..nak tak nak, memang kena talk tok masing2 improve apa yang kurang..or sebenarnya maksud 'x pandai jaga aku tu' sebab gemuk?yer la, konon2 bagi tempoh tok kuruskan badan then sebab x turun tu yg buat jadi isu..senang cakap, tak boleh buat BANGGA lah..MAYBE kan?huhu..

cakap la apa nak cakap..buatlah sentap mana pun..yang penting, setiap pengorbanan aku sikit pun kau tak pernah appriciate..tak pernah!kalau nak diungkit, memang banyak..malas nak cita sini..kang nampak sangat bukak aib org..huh..its okay..

semoga dapatlah jumpa orang yang PANDAI jaga..cantik, KURUS tp bukan terlalu KURUS..yang boleh mengiurkan..yang boleh bagi segalanya orang cakap..boleh kasi BANGGA..biar boleh share dengan kawan2 yang awek kau cantik..huh..

Ikhlas daripada ORANG YANG TAK PANDAI JAGA..

Monday, March 5, 2012

biar la kosong:)

salam..hyep!

dah lama tak buat sesi luahan perasaan..klu dulu rajin..huhu..skang ni, sume x de masa..ermm..
makin lama, I makin seronk tok berdiam..huhu..kenapa?

sebab bila diam, kita makin kenal diri kita sape..look forward!huh..
lately, mcm kerap sgt bersedih.. I tak mampu nak cerita dekat sapa2..even kawan yang rapat..bukan ape, tkt org bosan dengan cite kite..

bila dah masuk umo 22 ni, rasa makin takut..takut dengan ujian yg semakin mnduga..kalau nk cerita pasal kahwin?huh..biase la..ramai yg tnye..tp, jwpn tetap TIDAK!calon? tak dapat nk jawab soalan tuh..sume nye akan jadi ENTAH LAH..

apa yang hati cakap kadg2 ada yg betul ada yg tak..tp, kali ni semakin tekad tok saya tidak menerima kehadiran 'L'..cukup2 la tok I kenal..mungkin tak ada jodoh saya di dunia ini..

bila orang selalu tanya..kau bila nak kurus?huhu..
still tak dapat jawab..sebab yg complaint tu lagi banyak dri yang nak menolong & support..
sedih tak orang cakap mcm tu?
mesti la..sebab org dh pndg rendah kat dri yg gemuk ni..bak kata lelaki kan, siapa nak perempuan gemuk?huhu..(kau kena terima kenyataan tu ka)...
bila cerita mcm ni, nnt ada pulak yg ckp..anak dara, mesti la kena jaga bdan..ni tak kwen lagi badan dah mcm mak orang..huh!tamparan hebat tu..
bukan la nak mnta simpati..tp, this is my blog! huhu..

memang la klu ikutkan fedup bdan mcm ni..tp, x guna nak berubah kalau org x ley trime dri kita seadnya..
betul kan? 

mybe saya tak cantik mcm bidadari..
sebab saya gemuk orang tak boleh terima saya..
sebab si gemuk dh tertulis yg si gemuk x ley kwn ngan sapa2..
sebab si gemuk tak layak tok sapa2..
sebab si gemuk ni hanya memalukan bila keluar bersama..
sebab si gemuk ni tak ada apa yg perlu dibanggakan..
sebab si gemuk ni memang tak ada yg nak!

dan sebab tu si gemuk hanya akan menjadi barang mainan lelaki..
sebab lelaki mmg x kan dpt terima perempuan yg gemuk..tu FAKTA! sejauh mana pun mulut boleh kata terima, tapi tak pada hati..bila hati mula menilai, ia tak kan bertahan lama..

biarla kekosongan itu diisi dengan keimanan dan taqwa..sebagai hamba, saya hanya mampu bersujud dan berdoa semoga DIA mendengar setiap doa2 yang dipohon..sekiranya jodoh saya tiada di dunia, kau izinkan lah aku bertemu dengan jodohku di akhirat kelak..

Ya Allah, kau ampunilah segala dosa-dosaku..dosa-dosa yang telah aku lakukan padamu..kau izinkan lah ku untuk sentiasa mensyukuri nikmat yang telah kau kurniakan padaku..kau berikanlah aku petunjuk untuk sentiasa berada di jalanmu..untuk aku sentiasa mentaati perintahmu dan meninggalkan larangamu..
Ya Allah, aku tidak mampu menahan rasa sedih dihati..aku hanya mampu berdoa untuk sentiasa berada dekat denganmu..
Ya Allah, mungkin dugaan yang kau berikan ini ada hikmah disebaliknya..tetapi, aku bermohon kepadamu agar kau kuatkan diri ku tok menghadapi segla ujian daripada-mu..
Ya Allah, aku tidak mampu untuk mencari jodohku..aku serahkan padamu kerana kau maha mengetahui apa yang terbaik untukku..
sekiranya tiada jodohku di dunia ini, kau ketemukanlah jodohku di akhirat..sesungguhnya hati ini sudah terhenti tok berusaha mencari jodoh itu..
Ya Allah, dengan segala pujian hanya padamu, kau izinkanlah aku untuk menjaga ibu bapa ku sehingga nafas mereka yg terakhir..aku ingin berbakti kepada mereka kerana mereka la yg terbaik untukku..kau izinkan la aku untuk menjadi anak yg solehah pada mereka kerana mereka adalah ibu bapa yang amat saya cintai..
Ya Allah, dengan segala limpah dan rahmatmu, yang maha penyanyang, pengasih, maha mengetahui segala-galanya, kau perkenan kan lah doa2ku..amin..

*sorry kawan2, x dapat kawal emosi..

Sunday, March 4, 2012

HAPPY BIRTHDAY, atikah! 22thn sudah!

Assalammualaikum..

Okay sume, harap2 sihat okay..today, is my birthday..huhu..bukan nak mintak perhatian tok korg wish..tp, ni nak mengucap syukur yang I still idop lagi..

Thank you\ sgt kat kawan2 yang wish!happy dowh! semoga Allah sentiasa melindungi korang..amin..bila dah masuk umur2 yg semakin mngkt ni..rase tkt pun ade..sbb entah la..rasa banyak yang x btul ag..hehe..biasa la, saya hanya manusia biasa!hehe..

Apa2 pun, alhamdulillah..amin..